site stats Babyface kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert jelajah Asia 2025 – Posopolis

Babyface kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert jelajah Asia 2025

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 – Ikon muzik antarabangsa dan pemenang 13 kali Anugerah Grammy, Babyface, bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur sempena konsert Babyface: Greatest Hits Concert pada 30 Oktober 2025 di Idea Live Arena.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah Asia 2025 yang turut singgah di Jakarta dan Manila. Para peminat dijanjikan malam penuh nostalgia, cinta dan alunan klasik R&B yang telah mendefinisikan kerjaya Babyface selama lebih empat dekad.

Sepanjang kariernya, Babyface telah menghasilkan lebih 125 lagu Top 10, termasuk “Every Time I Close My Eyes”, “Whip Appeal” dan “When Can I See You”. Beliau juga pernah menulis dan menerbitkan lagu-lagu hits untuk nama-nama besar seperti Whitney Houston, Toni Braxton, Boyz II Men, Beyoncé, dan Ariana Grande.

Presale eksklusif untuk pemegang kad Mastercard dibuka dari 5 hingga 7 Ogos, manakala jualan umum bermula pada 7 Ogos, jam 12 tengah hari menerusi www.golive-asia.com.

Konsert ini dibawakan oleh PR Worldwide, syarikat hiburan langsung terkemuka di Malaysia.

About admin