site stats AirAsia realisasikan impian pembangun permainan digital melalui Dream It: Vol. 2 – Posopolis

AirAsia realisasikan impian pembangun permainan digital melalui Dream It: Vol. 2

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2025 – RedGames Jam anjuran AirAsia kembali untuk tahun ketiga dengan pasukan Glep dinobatkan sebagai juara, membawa pulang hadiah utama berupa percutian ke Tokyo Game Show 2025. Pertandingan selama 48 jam ini berlangsung di Asia Pacific University (APU), Bukit Jalil, dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Dream It di bawah kempen jenama AirAsia, The Colour of Connection (TCOC).

Pasukan Glep memenangi hati juri dengan permainan Tappy’s Time Off, berasaskan watak IP AirAsia Buds. Ia mengisahkan Tappy si tenuk yang cuba menyelinap daripada tugasan pejabat demi merancang percutian impiannya.

Menurut Izal Azlee, Ketua Pembangunan IP di AirAsia brand co., pertandingan tahun ini mencatat penyertaan tertinggi. “Kami terus berikan peluang kepada pembangun muda untuk meneroka dunia permainan digital secara global,” katanya.

Naib juara disandang oleh pasukan LOGIC – Greybox dari Binus University, Indonesia, yang memenangi wang tunai, barangan eksklusif AirAsia dan tiket ke gamescom asia x Thailand Game Show di Bangkok.

Sebanyak 36 pasukan menyertai pertandingan tahun ini, dengan 10 pasukan terbaik diberi peluang mempamerkan permainan mereka di Level Up KL, anjuran MDEC.

RedGames Jam bertujuan memperkasa komuniti pembangunan permainan serantau, dan menjadi pintu masuk kepada pengalaman Dream It yang mendekatkan bakat ASEAN dengan industri global.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE untuk bermain permainan ciptaan peserta dan ikuti kisah Dream It di Instagram @airasia.

About admin