Tiket mula dijual 13 Jun menerusi ticketingtix.com
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2025 – Penyanyi solo sensasi K-pop, B.I akan kembali menyapa para peminatnya di Malaysia menerusi konsert jelajah terbaharunya bertajuk 2025 B.I TOUR: The Last Parade Tour in KUALA LUMPUR, yang dijadualkan berlangsung pada 21 September 2025 (Ahad), jam 7 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Konsert ini dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan menjanjikan persembahan yang penuh bertenaga serta penguasaan pentas yang memukau — sebagaimana yang menjadi kebiasaan dalam setiap kemunculan B.I di pentas konsert antarabangsa.

The Last Parade Tour hadir bersempena pelancaran album studio ketiga beliau berjudul Wonderland yang mengandungi 11 lagu baharu. Konsert ini dijangka menampilkan pelbagai lagu daripada album tersebut, selain lagu-lagu terdahulu daripada album Waterfall, To Die For, serta EP Love or Loved Part.1 dan Love or Loved Part.2.
Sejak kemunculan semulanya sebagai artis solo pada tahun 2021 di bawah label 131, B.I telah mencipta nama dalam landskap baharu muzik Korea dengan deretan lagu popular, konsert jelajah global serta penyertaan dalam festival muzik utama seperti Lollapalooza dan Rolling Loud.
B.I juga dikenali dengan pelbagai kolaborasi antarabangsa, antaranya bersama Heize dalam Ferris Wheel, Woosung dari The Rose dalam Happy Alone, Destiny Rogers dan Tyla Yaweh dalam Got It Like That, Bipolar Sunshine dan Afgandalam Lost at Sea (Illa Illa 2), Jessi dalam Die for Love, serta Soulja Boy dan DeVita dalam lagu hit BTBT.

Tiket untuk konsert di Kuala Lumpur akan mula dijual pada Jumaat, 13 Jun 2025, bermula jam 12 tengah hari menerusi laman sesawang rasmi www.ticketingtix.com. Harga tiket adalah seperti berikut (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4):
Kategori Tiket & Faedah Peminat:
• PARADE (Berdiri) – RM888
Faedah: Sesi Selamat Tinggal, Sesi Soundcheck, Foto Berkumpulan bersama B.I (20:1), Poster Rasmi untuk semua, Poster Bertandatangan (50 peminat), Barangan Bertandatangan (25 peminat)
• MAGIC (Berdiri) – RM788
Faedah: Sesi Selamat Tinggal, Sesi Soundcheck, Poster Rasmi untuk semua, Foto Berkumpulan bersama B.I (20:1) untuk 60 peminat, Poster Bertandatangan (50 peminat), Barangan Bertandatangan (25 peminat)
• YOUTH (Duduk) – RM558
Faedah: Poster Rasmi untuk semua
• GROWN (Duduk) – RM358
Faedah: Poster Rasmi untuk semua

Peminat B.I yang dikenali sebagai ID (Be Identity) diseru agar tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri persembahan eksklusif daripada salah satu ikon solo K-pop paling berpengaruh masa kini.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram: instagram.com/lofi.entertainment dan Facebook: facebook.com/lofi.entertainmentkl