site stats Masters of the World 2025: Merai Keutuhan Lelaki dari Seluruh Dunia – Posopolis

Masters of the World 2025: Merai Keutuhan Lelaki dari Seluruh Dunia

Khamis, 22 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Agensi bakat dan acara antarabangsa, Beam Artistes memperkenalkan edisi sulung Masters of the World (MOTW) menerusi majlis pemakaian selempang dan sidang media yang berlangsung di Ombak Kitchen, Setapak.

Masters of the World merupakan platform istimewa untuk lelaki yang meraikan bukan sahaja kekuatan fizikal, tetapi juga ketabahan emosi dan keutuhan peribadi.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Beam Artistes serta MOTW, Samuel Seow, dalam ucapan pembukaannya berkata Masters of the World bukan sekadar pertandingan, sebaliknya satu gerakan yang mentakrifkan semula makna menjadi seorang lelaki serta bagaimana seseorang dapat menguasai dirinya sebelum menguasai dunia.

“Dalam hidup, kita diuji dengan pelbagai cabaran yang mengajar kita erti kekuatan dan kematangan. Setiap luka dan kegagalan adalah guru yang membentuk siapa kita hari ini,” katanya sambil menambah bahawa kejayaan sebenar seorang lelaki bukan diukur melalui gelaran, tetapi melalui keupayaan mengawal emosi, pemikiran, dan hubungan dengan orang lain.

Beliau turut menyatakan bahawa MOTW diharap dapat menginspirasi lelaki di seluruh dunia untuk bangkit daripada masa lalu, memimpin dengan belas ihsan, dan menjadi teladan buat keluarga serta masyarakat.

Edisi pertama Masters of the World menyaksikan penyertaan 16 peserta dari 12 negara merangkumi Asia, Eropah dan Afrika, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Taiwan, Afrika Selatan, Greece, Croatia, India dan Sepanyol. Mereka akan bersaing dalam dua kategori iaitu Masters dan Elite sepanjang minggu pertandingan bermula 14 Oktober hingga malam kemuncak di Starlight Arena, Plaza 51, Petaling Jaya pada 20 Oktober 2025.

Kategori Masters menampilkan Boris Blagojevic (Croatia), Dr. Raajeev Ranjan (India), Ramadi Purba (Indonesia), Tan Jun Jie atau Joe (Malaysia), Kaung Myat Htay (Myanmar), Mac Januel Vallero Sevilla (Filipina), Ash Kahar (Singapura), Marco Steenkamp (Afrika Selatan) dan Alex Ye (Thailand).

Kategori Elite pula menampilkan Spiros Spinoulas (Greece), Anil Paswan atau Neil (India), Lee Chee Kiong (Malaysia), Prince Jefrey O. Hernandez (Filipina), Yu Cheng Chao (Taiwan), Terence Yeok Kian Tea (Singapura) dan Hector Soria Martinez (Sepanyol).

Menariknya, tiada had umur dikenakan bagi penyertaan MOTW, malah usia dianggap lambang pengalaman dan ketabahan. Peserta tertua, Yu Cheng Chao dari Taiwan berusia 71 tahun, merupakan profesor dan usahawan yang gemar menyanyi.

“Apabila seorang lelaki mampu menguasai dirinya, dia menjadi sumber kebaikan. Dan jika ramai lelaki melakukannya bersama, maka kita benar-benar mampu menguasai dunia,” ujar Seow yang menegaskan bahawa pertandingan ini adalah simbol kedamaian, ketekunan dan tujuan hidup.

Antara rakan rasmi bagi Masters of the World 2025 ialah Alluora (penaja penjagaan kulit rasmi), Universal Music Malaysia (rakan peningkatan bakat), Stegg Kuala Lumpur (hotel rasmi), Starlight Arena (venue rasmi), Apollo Art Photography (jurugambar rasmi), Ombak Kitchen (venue sidang media), Brooklyn Damansara Heights (rakan minuman rasmi) dan Hyperlive TV.

Rentak Sejuta bertindak sebagai Rakan Media Rasmi, manakala Hype PageantryMissologyMiss Malaysia PageantMBPFC dan Mahkota Maharani Malaysia turut menjadi rakan media pertandingan.

Final Masters of the World 2025 bakal berlangsung dengan tiket VIP berharga RM350 (dengan hidangan meja bulat) dan tiket biasa RM150 (tempat duduk bebas dengan bufet disediakan). Maklumat lanjut dan undian boleh didapati di www.thevotique.com.

About admin