Ahli Genting Rewards mempunyai akses pra-jualan tiket pada 4 Ogos sebelum jualan am bermula 8 Ogos

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 – Kumpulan muzik tersohor dari Denmark, Michael Learns To Rock yang dianggotai oleh Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram), bakal kembali ke Malaysia sekali lagi atas permintaan ramai untuk mengadakan konsert utama mereka yang dinanti-nantikan.
MMIC Entertainment Group selaku penganjur dan JS Concert Productions sebagai Promoter, konsert bertajuk Michael Learns To Rock Encore All The Hits in Malaysia akan berlangsung pada 9 November 2025 (Ahad), jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Sejak penubuhan mereka pada tahun 1988, Michael Learns To Rock (MLTR) telah menyentuh hati jutaan peminat dari pelbagai generasi di seluruh dunia menerusi lagu-lagu malar segar mereka.
Antara lagu ikonik yang terus menjadi kegemaran ramai termasuk “Take Me To Your Heart”,“Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child” dan “That’s Why (You Go Away)”. Lagu-lagu ini terus menjadi siulan dan penyebab utama konsert mereka sentiasa dipenuhi peminat setia di mana sahaja mereka membuat persembahan.
Dengan hampir 1,000 persembahan secara langsung di seluruh dunia, pelbagai anugerah emas dan platinum, lebih 11 juta album terjual serta 1.5 bilion penstriman, MLTR kekal relevan dan terus mencipta sejarah sebagai salah satu kumpulan paling lama bertahan dalam industri muzik antarabangsa.
Selepas lebih tiga dekad membuat persembahan di Malaysia, MLTR telah berkembang daripada bermain di lokasi kecil kepada arena berskala besar seperti konsert kali ini, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih menjadi pilihan utama peminat tempatan.
Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 4 Ogos, 12 tengah hari melalui rwgenting.com, manakala jualan am bermula 8 Ogos, 12 tengah hari melalui etix.my, rwgenting.com dan trip.com dengan harga berikut (tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4):
Zon MLTR: RM988
VIP: RM788
PS1: RM688
PS2: RM488
PS3: RM288
PS4: RM188



Selain menyaksikan konsert, pelbagai faedah ditawarkan kepada pembeli tiket Zon MLTR dan VIP seperti berikut:
- Zon MLTR – RM988
(Faedah Peminat: Foto Peribadi (3:1) untuk 10 pemenang bertuah, Foto Berkumpulan (3:5)
untuk 20 pemenang bertuah.) - VIP – RM788
(Faedah Peminat: Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.)Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti MMIC Entertainment Group di
Facebook www.facebook.com/MMICEntertainmentGroup dan Instagram www.instagram.com/mmic.entertainmentgroup serta JS Concert Productions di Facebook (https://www.facebook.com/JSConcertProductions).